Bismillahirrahmanirrahim~
Sebagai seorang wanita tidak kira sama ada kita wanita berkerjaya, surirumah mahu pun bekerja dari rumah, kita menggalas tanggungjawab yang besar sebagai ibu dan juga isteri.
Walaupun kepenatan, kerja-kerja rumah tetap perlu dilakukan kerana ianya tidak pernah berkesudahan.
Apabila kerja-kerja rumah perlu dilakukan seorang diri dan ditambah pula perlu menguruskan anak-anak, harapan kita tika ini cuma satu iaitu suami dapat membantu serba sedikit bagi meringankan kerja-kerja rumah tersebut.
Jadi, buat para suami yang sangat dicintai isteri dan anak-anak, bantulah isteri anda melakukan sekurang-kurangnya 5 kerja rumah yang 'simple' ini.
Percayalah bahawa bantuan anda dapat mengurangkan bebanan isteri tercinta dan membuat mereka berasa lega kerana anda sudi membantu.
1. KEMAS TEMPAT TIDUR
Mengemas tempat tidur adalah kerja rumah yang paling mudah.
Memandangkan isteri perlu menguruskan pelbagai lagi kerja rumah lain pada waktu pagi, apa salahnya jika anda membantu isteri mengemas tempat tidur sebaik sahaja bangun daripada tidur.
Anda hanya perlu susun bantal, lipat selimut dan tegangkan cadar katil sahaja. Siap!
Fuh, lega hati isteri bila lihat tempat tidur telah siap dikemas oleh suami.
2. ANGKAT PAKAIAN KERING DI AMPAIAN
Apabila isteri menguruskan pakaian untuk dicuci, menyidai, melipat, dan menggosok pakaian, apa kata anda ambil inisiatif untuk membantunya mengangkat pakaian yang sudah kering di ampaian.
Sekadar ambil bakul dan masukkan semua pakaian kering yang disidai itu ke dalam bakul, anda pasti mampu lakukannya.
Mudah sahaja kerja rumah ini kan? Isteri pasti berasa lega kerana anda telah membantu meringankan tugasannya.
3. CUCI PINGGAN
Cuba lihat si isteri semasa makan, adakah mereka dapat menikmati makanan tersebut dengan tenang atau sekadar telan sahaja makanan di dalam mulut mereka.
Terutamanya ketika anak meragam dan mahukan perhatian ibu mereka, pasti kelam kabut si isteri makan. Selepas makan nanti pasti mereka terkejar-kejar untuk menguruskan anak pula.
Oleh itu, sebagai suami, usah dibiarkan pinggan mangkuk menimbun di sinki untuk diuruskan oleh isteri. Bantulah isteri untuk mencuci pinggan mangkuk tersebut selepas makan.
Setakat mencuci pinggan, 'simple' sahaja kan. Isteri anda pasti menghargai bantuan dan usaha anda itu.
4. LAP MEJA MAKAN
Setelah selesai mencuci pinggan, jangan lupa untuk membantu isteri mengelap meja makan.
Mudah sahaja kerja rumah ini. Anda cuma perlu mengambil tuala kecil atau tisu untuk mengelap sisa-sisa makanan di atas dan di bawah meja makan.
Siap! Selesai lagi satu kerja rumah. Lega hati isteri.
5. SEDIAKAN BAHAN MEMASAK
Walaupun penyediaan bahan untuk memasak adalah mudah, namun pada kebiasaannya, ia mengambil masa yang lebih lama berbanding memasak.
Lebih-lebih lagi jika anak-anak kerap meminta perhatian, semakin lambat penyediaan bahan-bahan memasak itu.
Sementara isteri menguruskan 'laundry' atau anak-anak, tidak salah jika suami membantu isteri untuk cuci ayam / ikan dan lain-lain, kupas bawang, kopek kentang, atau potongkan sayur-sayuran.
Selesai anda sediakan bahan tersebut, isteri boleh terus sahaja memasak untuk anda dan anak-anak. Lega isteri kerana tidak perlu terkejar-kejar lagi untuk menyediakan bahan untuk memasak.
Andai sesekali anda buat kejutan dengan memasak untuk isteri dan anak-anak, itu lebih hebat dan satu pencapaian yang sangat membanggakan!
Mustahil jika 5 kerja rumah yang mudah ini tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki yang sudah bergelar suami dan ayah seperti anda.
Tidak akan jatuh maruah anda sebagai seorang lelaki apabila anda melakukan kerja-kerja rumah.
Dengan membantu isteri melakukan serba sedikit kerja rumah yang 'simple' sebegini, barulah anda dilihat sebagai 'gentleman'. Tak gitu?
Mudah-mudahan, dengan membantu isteri melangsaikan kerja-kerja rumah yang mudah ini, isteri dan anak-anak akan lebih menghargai anda sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab.
Seronoknya kan bila suami masak kita makan aje. Hehe
Sekian saja sharing dari Puan Suzy PENGASAS produk SUZYHONEY HERBS πΈ
setakat ni takde masalah bab nih sebab suami sy mmg kerja kat rumah... haha
ReplyDeleteHuhu samalah suami kita banyak keje dari rumah je... Senang nak tolong2 tambah bila anak buat perangai hehe
DeleteAlhamdulillah.. Insyaallah tolong mana yg termampu..
ReplyDeleteTolong menolong suami isteri tu kan indah :)
DeleteUntung isteri ada suami ringan tulang.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dapat suami ringan tulang pun rezeki kan. Suami lagilah akam murah rezeki hehe
ReplyDeleteRezeki semua ni
ReplyDeleteBetul tu. Rezeki. Siapa yg dapat suami eingan tulang patut bersyukur sangat2 kan...
ReplyDeleteBenda kecil tapi dipandang besar dimata isteri π...
ReplyDeleteBetul sangat π₯°
Delete