MENANG DUIT/BUAT DUIT DENGAN BLOG

Assalamualaikum readers~


Harini nak share sikit pasal buat duit dengan blog. Walaupun akan ada yang kata alaaa berapa sangatlah income berblogging tu kan. Tapi okey lah ada juga income sikit-sikit kumpul lama-lama jadi bukit. Ada lah jugak daripada tak ada langsung.


Okey jom start masuk topik pasal buat duit dengan blog ni. Biasalah kan apa saja yang kita buat kena ada usaha kan. Lagi-lagi bab duit ni memang kena usaha sebab duit tak akan datang bergolek kat kita.

Baik. Untuk buat duit dengan blog ni tak semudah abc ya. Bergantung pada usaha masing-masing untuk mendapatkan. Memang saya sendiri tak adalah banyak mana pun income dengan blog tapi tetap teruskan. Pelan-pelan kayuh kata orang.

So... Thats it!

Cara-cara buat duit dengan blog
Place Ads (Saya pilih Nuffnang!)
Join Giveaway
Bisnes/promote jualan di blog

1. Place Ads/advertisement
Ada banyak company yang kita boleh register untuk keahlian& place ads. Antaranya. Google Adsense, nuffnang, innity, etc
 Saya pilih Nuffnang!

Lagi tinggi trafik sesebuah blog lagi tinggi peluang untuk jana income dgn blog. Advertisement nuffnang niada banyak jenis bukan satu sahaja.

Bawah ni salah satu iklan CPC yang saya dapat dari nuffnang.

Yang ni pulak penyata earning yang kita dapat dari iklan nuffnang.

Bagi yang tertanya-tanya macamana pulak nak dapat income dengan nuffnang? Dan apa perbezaan iklan? Boleh KLIK SINI untuk baca lebih lagi.

2. Join Giveaway
Selain dari register akaun untuk place ads kat blog anda. Join giveaway juga salah satu cara berkesan untuk dapat duit. Senang kata menang duit lah. Ramai sebenarnya tak tahu bila berblogging ni ramai blogger-blogger lain buat giveaway& hadiahnya adalah cash. Ada juga company yang buat giveaway untuk blogger-blogger join& menawarkan hadiah lumayan. Saya pernah menang 1 giveaway yang Mamapipie.com anjurkan& alhamdulillah ada rezeki menang.

Ni hadiah cash hasil dari join Giveaway by Mamapipie. Walaupun cash RM50 je pun cukup bersyukur. Kumpul-kumpul lama-lama banyak lah.

Mamapipie& the geng antara blogger yang banyak buat giveaway yang menawarkan hadiah cash.

Sekarang ni pun mamapipie tengah on untuk viewer blog mamapipie yang bertuah dapat HIT ke 600000. So korang rajin-rajinlah intai-intai blog mamapipie mana tau korang bertuah dapat hit ke 600000 tu.


Sebelum ni mamapipie on HIT ke 590000 dan alhamdulillah rezeki saya bertuah dapat hit ke 590000. Hadiahnya mamapipie bagi pilihan samaada nak topup atau cash& saya pilih cash.


So, kalau untuk dapat duit dari giveaway rajin-rajinlah join giveaway yang tawarkan hadiah cash& yang penting rajin-rajin blogwalking& naikkan trafik blog.

3. Bisnes/promote jualan
Yang ni ramai yang buat. Berbisnes/promote/buat kedai online guna blog/website. Yang ni memang memerlukan usaha + komitmen + komited yang tinggi untuk bagi orang kenal online shop kita. Kalau bahasa blogger kata tingkatkan trafik blog/website kita. Ni sebagai salah satu teknik marketing lah. Sambil-sambil tu kalau kita daftar untuk place ads company lain tumpang iklan di blog kita dapat lah kita income sikit-sikit.

So, siapa yang bosan musim PKP moh ler kita berblogging sambil-sambil try jana income dengan blog. Pelan-pelan kayuh. We can do it. Yang penting komited. Asalkan isi blog anda menepati citarasa pihak-pihak/company yang nak tumpang iklan atau blog anda ada design dan cerita-cerita menarik yang menarik tumpuan ramai untuk baca blog anda.

Terima kasih sudi baca.
Selamat berblogging! ♡

14 comments:

  1. Alhamdulillah
    Semoga lumayan rezekinya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Ada byk juga sumber boleh korek cash..tahniah zatil menang GA mama. Keep in touch soon Akan Ada GA yg Akan menyusul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu betul tu mama. Terima kasih. In shaa Allah :)

      Delete
  3. try buat yang nuffnang tu x pernah nak jadi. why eh?
    sekejap je boleh but itu a few years ago before their website was disable for a while.
    it's now back and i am still clueless. any tips for nuffnang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not sure. But cuba rajin2 update survey & send ticket kat nuffnang

      Delete
  4. Assalamualaikum, SS tak pandai sgt nak buat duit dr blog ni. entry ni pun membantu jugak... tapi, SS ada jugak godek2 nuffnang tu, tapi mcm blurr sikit laa... tak reti sgt. btw. good sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe samalah kita tak pro pun bab nuffnang ni just banyakkan membaca info pasal nuffnang and try apply

      Delete
  5. alhamdulillah kak ana setakad ni memang rezeki dari blog, cuma nuffnang tu pernah cash out beberapa kali lepas tu dia menyepi selepas adsense masuk tak tahu kenapa ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe google adsense lagi masyuk. Tapi rasanya kalau ade lain selain nuffnang mmg nuffnang tak pandang sangat kot. Dia pandang yg setia dgn dia je. Ha gitu. Saya pun ade mohon google adsense tapi belum lulus lagi lama tunggu haha

      Delete
  6. Saya pun masih setia dengan Nuffnang tapi tulah tak update info pada Nuffnang.
    Jadi mungkin tak aktif ikan pada blog saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama ler kita. ada lah berapa kali je dapat iklan.

      Delete
  7. wah..hebat. alhamdulillah..singgah sini dan follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah& follow sini 😊

      Delete

Berbicaralah dengan berhemah.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...