Jom tunjuk sokongan. Habib Ali sangat layak untuk jadi Mufti Wilayah Persekutuan


Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid terbukti seorang ikon dakwah yang disenangi semua lapisan masyarakat di Malaysia. Keluasan ilmu beliau dalam segenap bidang pengajian Islam menjadikan beliau tokoh yang paling sesuai untuk dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia.

Sepanjang perjalanan dakwahnya, Habib Ali Al Hamid tidak pernah sesekali menjadikan politik sebagai alat untuk meraih sokongan mana-mana pihak.
Oleh kerana itu, beliau sangat disegani semua pihak; kerajaan atau pembangkang, tua atau muda, kaya atau miskin. Pendirian beliau yang bersederhana dan tidak senang menghukum sesuatu semestinya mampu menyatukan umat Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan. Oleh yang demikian atas pelbagai sebab yang munasabah, kami ingin mencadangkan bahawa Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid dilantik menjadi Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia yang baru. Semoga anda semua menyokong usaha ini!


Untuk menyokong beliau

sila KLIK SINI


4 comments:

  1. Pernah dengar ceramah dia di Masjid Tengkera.

    ReplyDelete
  2. owhh baru tahu dia orang Malaysia..selama ni ingatkan dia orang tanah seberang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ye beliau Malaysian. Asal je dari tanah seberang 😊

      Delete

Berbicaralah dengan berhemah.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...