Bismillahirrahmanirrahim~
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Pesanan daripada Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid. Mari hadirkan azam & niat Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari lagi:
[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah RASULULLAH ﷺ semampu kita.
[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
[4] Niat untuk tunaikan solat sunnat Tarawih 20 rakaat serta solat sunnat Witir 3 rakaat (di masjid / surau / rumah).
[5] Niat untuk bangun sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu).
[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.
[7] Niat untuk dapat malam Lailatul Qadar.
[8] Niat untuk perbanyak sedekah / infaq.
[9] Niat jaga lisan, mata, telinga, mulut dll.
[10] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
[11] Niat jadi hamba-NYA, umat RASULULLAH ﷺ, suami / isteri, anak, abang / kakak, saudara, ayah / ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini. InsyaALLAH.
Sumber : Raudhatul Mujtaba
Cintailah Para Ulama’, Pewaris Para Anbiya’
Credit to t.me/kalam_ulama
Semoga ramadan kali ini lebih baik daripada sebelumnya
ReplyDeleteIn syaa Allah
Aaameen ya Rabb!
DeleteInsya Allah semoga semua Niat berhasil
ReplyDeleteAaameen ya Rabb! Terima kasih mama 😊
Deletesalam ramadhan almubarak.. :p
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem Wak Lat
DeleteSalam Ramadan!
ReplyDeleteRamadhan Kareem 😊
Delete