40GB Internet percuma untuk pelajar sekolah dari YAYASAN YTL!



Assalamualaikum& hi semua~
Berikutan penutupan sekolah sepanjang PKP berlangsung. Makanya murid-murid sekolah pun tiada sesi pembelajaran secara offline di sekolah. Tapi bukan bermakna
semua sekolah langsung tak ada sesi pembelajaran. Ada juga sekolah yang meneruskan sesi pembelajaran secara online. Tapi tak semua murid ada internet yang laju untuk akses internet bagi meneruskan sesi pembelajaran online kan? Tapi... Ha tapi lagi... Mak ayah dah tak perlu risau sebab YAYASAN YTL baik hati bagi 40GB internet free kepada anak-anak ibu-ibu ayah-ayah sekalian supaya anak-anak dapat meneruskan sesi pembelajaran online.


"Pengerusi Eksekutif Kumpulan YTL, Tan Sri Francis Yeoh berkata, “Pada waktu ini, negara sedang berhadapan krisis yang tidak dijangka dan perlu melindungi rakyat dari pandemik COVID-19. Kami mahu memastikan anak-anak akan terus menerima pendidikan di rumah. Sebab itu kami berikan akses percuma ke sumber pendidikan dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma menerusi rangkaian mudah alih Yes 4G. Kami harap, semua anak-anak di Malaysia ini sentiasa selamat dan terus belajar."

Sekarang mesti ibu-ibu ayah-ayah sekalian tertanya-tanya macamana cara nak dapat internet FREE tu kan? Dan tertanya-tanya betul ke FREE? Ya betul FREE! Tanpa sebarang cas. Dan paling penting mudah sebab hujung jari sahaja.
Yang penting anak-anak dapat teruskan pembelajaran macam biasa.

Okey bagi siapa yang nak dapatkan Internet FREE 40GB tu boleh klik link di bawah untuk langkah-langkah mendapatkan internet percuma

https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
Klik pada "PELAN DATA PERCUMA" di dalam website tersebut

Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran anak-anak tuan puan :)


9 comments:

Berbicaralah dengan berhemah.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...