Assalamualaikum~
Alkisahnya di sebalik gambar ni. Hari isnin malam masa dah start rasa sakit nak bersalinkan Fatimah az Zahra sikit². Sebenarnya 2 hari sebelum tu dah rasa perut semacam je asik senak asik mengeras sampai tak senang duduk. Baring pun tak kena. Tapi boleh tahan lagi.
Isnin petang pulak dah rasa sakit makin lain macam pulak. Suami tanya nak gi hospital tak. Tapi aku macam 50 50 nak pegi ke tak. Sebab takde tanda air ketuban pecah ke turun darah ke ape. Suami aku ikut aku je rasa macamana kalau sakit sangat dia nak bawak ke hospital dah petang tu. Tapi aku macam nak taknak gi hospital dulu. Tunggu dulu sebab sakit yg boleh ditahan lagi. So suami aku decide "Kita pegi dulu pengajian malam ni. Balik dari pengajian kita pegi hospital". Sebelum pegi pengajian pulak singgah dulu rumah mak mertua sebab dia masak banyak kesian dia so suami aku kata balik rumah mak jap sebelum pegi pengajian.
Isnin petang pulak dah rasa sakit makin lain macam pulak. Suami tanya nak gi hospital tak. Tapi aku macam 50 50 nak pegi ke tak. Sebab takde tanda air ketuban pecah ke turun darah ke ape. Suami aku ikut aku je rasa macamana kalau sakit sangat dia nak bawak ke hospital dah petang tu. Tapi aku macam nak taknak gi hospital dulu. Tunggu dulu sebab sakit yg boleh ditahan lagi. So suami aku decide "Kita pegi dulu pengajian malam ni. Balik dari pengajian kita pegi hospital". Sebelum pegi pengajian pulak singgah dulu rumah mak mertua sebab dia masak banyak kesian dia so suami aku kata balik rumah mak jap sebelum pegi pengajian.
Sampai rumah mak mertua aku ade pulak air gas atas meja. Tibaiiii. Sebab lama beno rasanya tak minum air gas(bertahun dah rasanya kecuali air 100plus). Lepastu mak mertua aku kata ada durian kat dapur. Punya excited dengar. Mak mertua aku ajak makan durian. Nanti dah lepas bersalin takleh makan durian. Ape lagi. Mintak suami aku bukak. Tibai durian pulak.
Lepastu setel makan ape semua pegilah kami suami isteri ke surau utk attend pengajian. Suami aku sorang je yg bawak isteri. Makanya aku sorang je perempuan kat situ. Dok senyap jelah dengar kat belakang sorang². Awal² kelas okey lagi. Boleh dengar ustaz ngajar duduk santai² lagi.
Then... Start pukul 11 lebih camtu aku dah rasa sakit perut macam lebih sikit dari senggugut yg aku selalu rasa masa period dulu. Tak senang duduk dibuatnya kat belakang tu sorang². Suami kat depan. Rasa macam nak baling pen kat dia nak ajak gi hospital sebab sakit lain macam. Phone dia silent. Kalau call confirm tak dapat. Nak baling pen tak sampai hati. Rasa macam derhaka kat suami pulak π
and takut terkena kat orang lain haha. Then akhirnyaaaa. Dia pandang belakang. Tapi malangnya dia tak nampak muka aku tahan sakit sebab pakai purdah. Aku kibas² tangan lepastu tunjuk perut dia dah faham aku sakit nak ke hospital lah tu.
Habis je pengajian terus ke hospital kuala kangsar untuk check kenapa rasa sakit macamtu. Sampai hospital terus ke dewan bersalin. Misi tu tanye datang sebab ape? Dah berapa minggu. Kita pun jawab. Sebab saya rasa sakit perut semacam. Dah 38minggu sehari. Then terus misi cakap okey misi nak check jalan. Lepastu suami aku cakap. Kalau nak check je takpe kan? Sebab cadang nak bersalin hospital ipoh. Misi pun kata. Okey takpe kita check je dulu ye. Sakit masa check bukaan tu sape dah rasa taulah cemana kan. Ade yg boleh tahan ade yg tak tahan sampai rasa nak marah misi yg check tu pun ade. Okey... Tengah² misi check misi dok buat muka terkejut. Eh dah 2cm lah awak. Okey nak bersalin hospital ipoh lepasni terus ke hospital. Jangan singgah mana² dah tau. Terus ke hospital je. Tapi jangan bagitau hospital sana yg awak dah datang check kat sini pulak.
Okey setel kat hospital kuala. Sebelum nak ke hospital ipoh. Amik mak mertua dulu kat rumah ajak gi sekali. Dalam pukul 12 lebih camtu. Lepastu sebelum gerak ade bau semacam hangit taktau kat mane. Dah otw atas highway tetiba temperature naik. Kereta berasap. Berhenti rnr. Kereta takleh bawak dah. Suami call kawan dia mintak tolong. Dugaannnn~ Takpe boleh tunggu lagi. Sakit boleh tahan lagi. Ade sejam kot tunggu kawan suami sampai. Akhirnya sampai jugak. Terus gerak nak ke ipoh. MashaAllah jem teruk pulak. Ingat ade accident. Rupanya tengah repair jalan. Nak jadikan cerita pulak. Cantik takdir Allah susun. Ade polis bantuan plus depan kereta kitorang. Bukak tingkap then dorang bagitau nak cepat ade yg nak bersalin. Ape lagi. Polis bantuan plus main peranan. Tolong kawal jalan mintak laluan. Tak terbalas jasa dorang. Terima kasih polis bantuan plus yg sudi bantu sampai ke jalan masuk ipoh. Allah je dapat balas. Okey lepastu sampai hospital besar ipoh.
Sampai² je soalan yg sama macam gi kat hospital kuale tadi. Datang sebab ape. Dah berapa minggu. Kita pun jawab lah. Then misi check jantung baby dulu dgn contraction. Tak kuat sangat contraction. Then doktor check bukaan. Dah 3cm! Lepastu turun darah pulak tanda nak bersalin. Warded. Dah tak boleh balik. Tunggu sampai 4cm/5cm baru dihantar ke LR.
Detik2 menunggu bukaan 4cm untuk ditolak ke labour room. Dengan risau sebab tanda darah tu lama& banyak pulak tu sampai berapa kali tukar kain hospital dgn cadar katil tu. Bertambah nervous lagi bila sakit makin lama makin terasa tapi tak terlalu kerap.
Suami atau family yg lain tak boleh masuk selain time melawat. Tapi alhamdulillah rezeki ward dekat dengan tingkap. Katil aku pulak hujung nampak kat luar. So family nak bagi ape2 ke nak sembang kejap ke ikut tingkap. Jadi ahli mesyuarat tingkap jap π
Dengan peluang tu mak abah dgn suami aku rajin dok tanye ikut tingkap tu macamana? Sakit tak? Boleh tahan ke tak? Aku jawab je sakit tapi boleh tahan lagi. Padahal aku rasa sakit tu boleh tahan jugak sakitnya sampai nak baring pun tak senang. So aku jalan2 kot boleh legakan sikit. Taknak gitau suami aku sakit sangat ke ape risau dia marah doktor kenapa biar je kat ward π
π
π
Tapi dalam sakit2 pun perut ni dok lapar je. Aku pun bagitau suami aku cakap lapar. Dia pun gi dgn abah aku cari makanan. Sekali dah sampai dibelikan bubur kfc. Memang aku melantak bubur tu sampai habis. Lepastu sepanjang kat ward tu 5pack air susu kurma aku habiskanπππ Nak charge tenaga lah orang kata. Sakit2 pun makan tetap berselera lagi π Then tak lama lepastu misi datang kata kalau sakit sangat bagitau ye. Berapa jam lepastu aku pun gi ke kaunter bagitau doktor sakit makin kuat ni. Dia check masih 3cm. Aku pun rasa macam hampa jugaklah still 3cm. Then doktor tanye nak ubat tahan sakit ke? Aku pun macam blur2 cakap ha ye. Doktor pun cucuk ubat tahan sakit yg buat aku khayal mengantuk ajelah. Tapi sakitnya rasa lagi. Lepastu aku tido. Bila dah bangun pun dok mamai2 lagi. Suami aku datang kat tingkap lagi tanya okey tak. Aku jawab okey lagi boleh tahan lagi.
Berapa jam lepastu terasa sakit lagi sekali. Pegi kaunter lagi bagitau doktor rasa sakit. Doktor pun mai check bukaan dah 4cm. Ready utk hantar ke labour room tapi labour room penuh. Tunggu lagi. Dah dekat pukul 12 tengahari. Masa untuk makan tengahari. Makan duluuuu. Makan tetap berselera sakit2 pun π Then berapa minit lepastu pulak datang misi bawak wheel chair kata nak hantar ke ward abc dulu. Misi tanye mana suami. Ada kat kerusi luar. Lepastu panggil ikut tingkap je cakap nak ke ward abc sebab labour room penuh. So kalau kata takde labour room kosong dan dah nak bersalin sangat dah terus bersalin kat ward abc je sebab kelengkapan dah sedia kat situ. Tapi kat ward abc suami tak boleh masuk. Kalau bersalin kat labour room je suami boleh masuk. Time tu mmg aku berdoa harap labour room ade kosong. Sebab nak sangat suami aku ada dgn aku masa bersalin π
Then sampailah kat ward abc. Misi kat situ pun pasang mesin ctg tu. Dalam masa misi dok check bacaan jatung baby and contraction dalam hati doa supaya cepat2 ada katil kosong kat labour room. Misi tu dok tanye sakit tak? Perut awak mengeras ni. Contraction kuat jugak. Aku pun jawablah sakit jugak lah(ayat cuba bertenang& kuat). Lepastu misi dok puji kata "baguslah awak ni sakit2 pun rileks je. Tenang je (lepastu misi tu senyum kat aku)" Lepastu misi pun keluar dari bilik aku ke bilik lain pulak. Aku pun dok diam perhati keliling and doa banyak2.
Tengah aku dok doa banyak2 and cuba bertenang dalam ward abc tu tetiba budak india yg dok katil depan masa dalam ward menunggu ditolak masuk kat bilik abc depan aku jugak. Punya dia meraung sakit mashaAllah meraungnya teruk sangat dia jerit kuat gila sampai misi marah. Sekali datang misi kaum dia jugak. Bagi nasihat kat dia. Budak tu tak faham bahasa melayu. Bi pun tak faham. So kena kaum dia jugak yg bercakap dgn dia.
Mungkin dia terasa sakit yg kuat sebab dia jauh lebih kurus dari aku mashaAllah taktau nak kata cemana. Berapa minit lepastu dengar lagi sekali dia meraung kuat gila sampai berguling2 atas katil sampai doktor nak cucuk ubat tahan sakit lepastu pikir nak operate je dia sebab teruk sangat meraung. Berapa minit lepastu dia jerit lagi panggil mak dia pulak and then doktor terpaksa turutkan panggil mak dia masuk dalam utk tenangkan dia. Sungguh ni bukan drama. Tu kira bahagian dia pengorbanan dia lah untuk lahirkan anak dia. Aku kesianlah kat dia dalam keadaan macam tu nak kena tahan sakit lama sebab dia dah sakit sangat padahal bukaan baru 4cm. Yang aku pulak tak rasa sakit sangat tapi bukaan dah dekat 5cm. Then datang doktor pelatih ramai2. Sorang tu kata okey dah 5cm nanti doktor akan pecahkan air ketuban. Kita tunggu labour room kosong ye. Aku pun hangguk jelah. Berapa minit lepastu datang dua orang doktor cina. Sorang laki sorang perempuan. Dorang kata nak check bukaan. Aku request lah nak doktor perempuan je. So doktor perempuan tu je yg check. Yg laki tu keluar. Then bila check dia kata dah 5cm and kebetulan dah ada labour room kosong.
Alhamdulillah. Syukur dalam hati masa tu. Lepastu aku pun ditolak masuk ke labour room. Mesin ctg pun dopa sang utk check jantung baby& contraction. And bermulalah saat2 yg agak menggerunkan. Serius gerun rasanya memula bayangkan cemanalah gayanya doktor pecahkan air ketuban nanti π© Lepastu tak sempat bayangkan lama pun doktor mai dengan alatan nak pecahkan air ketuban. Lepastu dia mintak kebenaran nak pecahkan air ketuban and aku hangguk je tanda membenarkan& air ketuban pun dipecahkan lepastu terus aku rasa ade banyak air suam2 yang mengalir. Banyak sangat pulak tu macam air kencing pulak π
Berapa minit lepastu mashaAllah bermulalah rasa sakit yg luar biasanya mashaAllah tak terkata sakitnya macamana bila orang tanya rasanya macamana. Doktor datang check bacaan jantung baby dia kata bacaan tak cantik. Baby is sleeping.
Awalnya doktor kata nak operate kalau bacaan masih tak cantik lagi. We are worrying about your baby. And I rasa berat your baby will be in 2.4kg maybe. Then doktor masukkan ubat taktau ubat ape tapi dia kata nak bagi baby respon. Then mulalah semua dalam tu kelam kabut check ctg then sorang bidan India tu datang kat aku then terus goncang perut aku kuat2 nak gerak baby. Lepastu terus elok bacaan jantung baby. Alhamdulillah legalah sebab tak kena operate. Lepastu terus rasa sakit yg lagi kuat sangat2 mashaAllah rasa macam nak terberak keluar batu besar sangat2 dah. Doktor check bukaan lagi. Baru 7cm Lepastu doktor dgn bidan yg jaga tu kata kalau rasa nak terberak bagitau.
Berapa minit lepastu lagi kuat rasa macam betul dah nak terkelur sangat dah ni. Then doktor kata tunggu ya. Kalau betul rasa nak terberak bagitau okey then aku kata saya rasa nak terberak sangat lah ni. Terus doktor check lagi bukaan and dia dengan muka terkejut bagitau wah full! 10cm! Bidan pun suruh get ready utk push. Bidan sorang lagi panggil suami aku masuk. Then dia dok tepi kepala sebelah kiri pegang tangan aku bagi semangat utk push. Then bidan suruh start push. Alhamdulillah Ada tenaga utk push (sebab sehari sebelum bersalin aku tibai minum air susu kurma sampai 5botol nak charge tenaga) tapi tak reti teran mula2. Lama jugak usaha meneran tu tak lama Lepastu akhirnya keluarlah Puteri sulung aku& suami diberi nama Fatimah az Zahra tepat jam 7.08minit ptg(senja) seberat 2.8kg. Suami aku pun senyum kata Fatimah dah keluar π Lepastu dengarlah tangisan pertama anak kami kemudian Fatimah diserahkan kpd aku utk sesi skin to skin. Then diserahkan pulak kpd Abah dia utk diazankan disebelah aku. Rindu moment tu ππ Then baby diserahkan kpd misi utk diuruskan. Suami pun kena keluar. Tinggal aku dgn bidan2 bertugas dalam tu dan lepastu bermulalah sesi jahit menjahit. Nak kata sakit dah taktau nak rasa sakit cemana dah sebab sakit lagi nak bersalin& yg ada cumalah perasaan lega bila anak dah keluar.
Memang betul orang kata bila waktu kena jahit tu mmg ade terasa rasa jarum dgn benang ditarik tapi rasa nyilu sikit je. Sebab dah tak kisah dah janji dah lega dapat tengok anak kita dah keluar. Tapi terkejut2 tu tetap ada haha. Lepas selesai aku dibiar sorang2 dalam labour room tu dgn sejuknya aircond kuat gila sampai menggigil aku. Sejam tunggu baru misi datang nak tolak ke ward. Then masa ditolak ke ward tu doktor sorang tu tanye berat baby berapa and aku pun jawablah 2.8kg and doktor tu terkejut sebab di agak berat baby 2.4kg sebab perut aku kecik sangat dia kata. Then datang doktor lain pulak bagitau baby awak akan dihantar ke ward 2c ye untuk pemeriksaan lanjutan sebab ade bengkak sikit di kepala. Time tu mulalah rasa sedih terpisah jap dgn anak. Yang lagi sedih susu pertama yg dia minum adalah susu formula bukan susu Ummi dia. Kalau tak nak perah susu bagi dia minum susu badan juga but tak sempat :'( Tapi takpelah janji anak sihat kan. Sampai je kat ward aku terkejut eh budak India tu dah bersalin dulu dari aku. Padahal mula2 bukaan dia lagi lambat. And lagi terkejut dia bersalin normal. Anak dia bambam gila. 4kg lebih. Kuasa Allah π
07/06/18 dah boleh keluar ward and baby pun boleh keluar sekali. Alhamdulillah π
P/s: Gambar Fatimah beberapa jam lepas lahir tak sempat langsung tangkap. Sempat pegang jap je lepas dia keluar dari perut Ummi. Sebab doktor kata nak check dia segera sebab ade kes sikit but alhamdulillah takde ape2. Syukur ❤
But sedih sikit sebab susu yang pertama Fatimah minum bukan susu ibu dia tapi "susu formula" :'( But betul2 lepas dia keluar ward FULLY STOP any susu formula. And sampai sekarang Fatimah "fully breastfeeding" Alhamdulillah Imma happy mummy π
Puteri kesayangan Ummi Abah
Fatimah az Zahra binti Affiz Syazreen Fazwan
MashaAllah berdebaq cheq baca story pengalaman awak ni haa..apa2 pun tahniah ya, alhamdulillah semua selamat ❤
ReplyDeleteHehe masa nak bersalin tu memang berdebar je manjang. Alhamdulillah. Terima kasih ye hehe
Delete