Assalamualaikum& hi dearies~
Topik harini "minyak kelapa dara untuk rawat ruam bayi".
Seperti yg semua orang tahu minyak kelapa dara ni banyak khasiatnya untuk tubuh badan.
Dan banyak lagi kebaikan minyak kelapa dara ni.“ Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus, anti-bakteria, anti-kulat & anti parasit secara semulajadi yang boleh membantu mengawal pelbagai jenis penyakit” – Dr. Bruce Fife ( Doctor Naturopati USA )“ Minyak Kelapa Dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang sangat berharga. Saya memang sangat berharap agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan harian anda” – Dr. John J.Kabara ( Universiti Michigan – USA )“ Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling menyihatkan di dunia” – Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS Bcs ( Hons ) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP ( Clinic Nutrition )
Orang kata "1001 kebaikan". Sesuai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit
contoh dia macam saya guna untuk rawat luka, rambut(walaupun bau agak kurang menyelerakan tapi hasilnya terbaik), guna untuk sapu pada kulit yg gatal2.
Cerita pasal sapu kat kulit yang gatal2. Haritu anak saya kena demam ruam 3hari + ulser dalam mulut kat lidah(sampai dia nak direct breastfeed pun tak mampu sebab tak tahan sakit ulser kat lidah tu). 2hari tu dia asik meragam je. Yelah sebab tak selesa kan badan gatal2 kepala panas dengan cuaca panas pulak kan and then terpaksa jugak suap dia susu badan perah atas sudu bagi dia minum nak dia kenyang sebab kesian takut dia lapar dahaga. Lepastu suap dia makan ya Allah macam kebulur tak makan berhari2 effect tak dapat direct breasfeed. Kesiannya lah anakku.
Bawak pegi klinik pun doktor check sambil lewa sesangat. Sakit je hati bila dapat doktor jenis macam. Boleh kata etika kedoktoran tu takde lah.
Kita pun boleh jadi doktor kalau camtu punya senang je kejenye. Check gitu2 je lepastu tak explain ape2 check demam ade ke takde pun tidak lepastu setel terus bagi ubat untuk ulser semata mata. Okey ni bukan nak cerita pasal doktor tu sebenarnya. Tunggu next entri pasal doktor yg buat keje sambil lewa kot.
Okey berbalik pada cerita tadi. Lepas dapat ubat ulser balik terus. Then buntu jugaklah. Yelah anak first and first time dia kena demam ruam. Buntu nak buat cemana. Mandi pun tak bagi dia pakai sabun risau kot dia pedih2 ke ape nanti.
So, disebabkan doktor tak bagi ubat sapu apa2 mak saya pun sapu ler bedak sejuk nak baru badan dia lega sikit dari gatal2 ke kan. Sekali tu je bubuh. Lepastu balik rumah sendiri baru teringat ade beli minyak kelapa dara dulu tak berpakai sangat pun. So saya decide untuk rawat ruam dgn ulser Fatimah guna minyak kelapa dara tu. Saya lumur satu badan dia dengan minyak kelapa dara tu. And campurkan sikit minyak kelapa dara dalam makanan dia.
Esoknya dengan izin Allah Fatimah sihat and aktif macam biasa. Mungkin kesan dari ikhtiar bagi minum minyak kelapa dara and sapu kat satu badan dia tu jugak kot. Allahua'lam.
Tapi tak dinafikan memang ramai yg akui dan berkongsi tentang kebaikan minyak kelapa dara ni.
Okey so setakat ni je sharing untuk
kebaikan minyak kelapa dara ni.
Nantikan sharing pasal doktor/etika seorang doktor/layanan selayaknya diterima pesakit ye. In shaa Allah bila ade free ruang peluang idea kita post out.
No comments:
Post a Comment
Berbicaralah dengan berhemah.
Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.